Powered By Blogger

Tuesday 9 October 2012

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG MAMPAN


Pembangunan bandar sememangnya semakin menjadi-jadi selaras dengan arus pemodenan pada zaman ini. Hal ini demikian kerana setiap negara masing-masing ingin berlumba-lumba dalam melaksanakan pembangunan yang dapat memenuhi permintaan penduduk, malahan menjadi tarikan kepada negara lain untuk datang ke negara ini. Apabila sesebuah bandar itu sudah mencapai kemajuan dalam pembangunan bandar, hal ini akan menjadi mercu dan idola  kepada negara lain untuk membangun dan menjalankan hubungan diplomatik serta melabur yang dapat memberi kebaikan kepada penduduk bandar dan kepada pembangunan bandar itu sendiri. Pembangunan bandar dapat didefinasikan sebagai kemajuan yang dicapai dari aspek infrastruktur, ekonomi, sosial,rohani, kemapanan dan sifat fizikal sesebuah bandar. Dari sudut pandangan masyarakat pembangunan bandar dapat ditafsirkan juga sebagai proses tranformasi sesebuah kawasan yang mundur menjadi kawasan yang maju dan membangun kesan daripada pertumbuhan bandar iaitu peningkatan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, peningkatan intensiti kegunaan, peningkatan taraf dan kualiti kehidupan penduduk. Oleh itu,hal ini menunjukkan betapa pentingnya pembangunan bandar dalam menjamin pembangunan yang mapan di sesebuah bandar. Terdapat pelbagai kepentingan dan kebaikan yang mungkin berlaku hasil daripada pembangunan sesebuah bandar.
        
  Pembangunan bandar berkait rapat kepada pertumbuhan, perubahan dan perkembangan. Pertumbuhan merujuk kepada kemajuan atau peningkatan yang dialami dari segi populasi penduduk,peningkatan dari segi aktiviti ekonomi, peningkatan densiti guna tanah dan sebagainya. Perubahan bandar pula adalah berdasarkan kepada pembesaran kawasan bandar dan perkembangan ke kawasan-kawasan semulajadi seperti hutan dan paya. Apabila kepadatan penduduk bertambah,keperluan untuk membangunkan perumahan menyebabkan berlakunya pemkembangan bandar. Ini menunjukkan kesemua aspek pertumbuhan, perubahan dan perkembangan ini apabila digabungkan adalah merujuk kepada pembangunnan bandar. Oleh itu, pembangunan bandar lebih menumpu kepada corak dan fizikal bandar kesan daripada semua aspek tersebut. Pembangunan bandar sememangnya bnyak mendatangkan kebaikan dan kepentingan kepada masyarakat selaras dengan arus pemodenan yang kian rancak.


Antara kepentingan dalam pembangunan bandar  ialah pembangunan bandar dapat meningkatkan peluang ekonomi dalam pembangunan ekonomi sesebuah bandar. Apabila berlaku pembangunan bandar, ini akan menarik perhatian pelabur-pelabur luar untuk datang melabur di dalam bandar itu. Oleh itu berlakulah pertambahan dan pembukaan kawasan baru untuk mendirikan kilang atau kedai dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk disajikan kepada masyarakat bandar. Kemasukan pelabur asing ini juga akan membawa kepada pemodenan alat-alat teknologi yang canggih ke dalam sesebuah bandar seperti mesin-mesin, jentera, alat-alat komputer dan sebagainya. Ini membolehkan pengeluar dapat mengeluarkan barang dan perkhidmatan secara maksimum untuk memenuhi permintaan msyarakat di kawasan bandar. Perubahan ekonomi ini juga dapat meningkatkan kemudahan-kemudahan di kawasan bandar seperti kemudahan jaringan jalan raya, perhubungan dan telekomunikasi dan sebagainya untuk memudahkan proses penghantaran dan pengedaran barang untuk dipasarkan di seluruh pelusuk bandar. Sememangnya faktor ekonomi banyak memberi kesan yang paling utama dalam pembangunan sesebuah bandar. Jika terdapat banyak peluang ekonomi di sebuah bandar ini, ini akan mengundang kepada kegiatan eksport yang dapat memberi pendapatan ekonomi yang lumayan kepada sesebuah bandar. Hasil daripada pendapatan ini akan menyebabkan sesebuah bandar itu mengalami perubahan fizikal sepeti pertambahan kilang, perumahan, kedai-kedai, jalan raya umpamanya seperti pembukaan bandar baru hasil daripada kegitan ekonomi yang giat dijalankan.

Disamping itu juga, pembangunan bandar juga penting kerana dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar menjadikan sesebuah bandar itu tidak suram dan sunyi kerana terdapat aktiviti masyarakat dalam menjalankan perniagaan masing-masing. Pertambahan fizikal bandar seperti kilang, kedai dan sebagainya dapat memberi pekerjaan kepada penduduk sebagai sumber pendapatan mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Jika sesebuah bandar itu mempunyai bnyak peluang pekerjaan, ini akan menarik perhatian penduduk luar bandar berkunjung dalam mencari pekerjaan dan berlakunya pertambahan penduduk di sesebuah bandar. Penambahan penduduk di kawasan bandar akan meningkatkan lagi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan. Contohnya, pertambahan penduduk akan meningkatkan lagi permintaan terhadap tempat tinggal. Oleh itu, pemaju akan membina kawasan perumahan untuk memenuhi permintaan mereka. Hal ini menunjukkan faktor pertambahan penduduk juga dapat meningkatkan lagi pembangunan fizikal di kawasan bandar. Peluang pekerjaan yang banyak juga dapat mengubah gaya hidup masyarakat yang rajin bekerja yang boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat serta menjamin kehidupan yang aman dan makmur. Pertambahan peluang pekerjaan juga dapat mengurangkan kadar jenayah dan pengangguran di kalangan masyarakat kawasan bandar yang boleh memberi kesan yang buruk kepada ekonomi bandar.

Selain itu juga, pembangunan sesebuah bandar juga dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan bandar sebelum ini dan menambahkan kemudahan-kemudahan untuk mengelakkan kesilapan yang berlaku sebelum itu daripada terus menular di kawasan bandar. Contohnya seperti menambahbaikkan sistem jalan raya, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan penduduk. Pembanguan bandar dalam meningkatkan taraf sistem jalan raya seperti membina jalan alternatif dan memperlebarkan jalan raya dapat meningkatkan kemudahsampaian penduduk ke sesuatu tempat serta dapat mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas yang sering terjadi sebelumnya. Hal ini sememangnya membuktikan bahawa pembangunan bandar penting dalam mengetahui kesilapan dan kelemahan bandar supaya penduduk lebih selesa dalam melakukan aktiviti mereka. Begitu juga dengan masalah kekurangan dan kerosakan kemudahan-kemudahan yang mana mencacatkan pemandangan di sesebuah bandar. Melalui pembangunan, ianya dapat memperbaiki kelemahan dan kerosakan serta dapat membina kemudahan baru hasil daripada permintaan masyarakat untuk menggunakannya. Oleh itu, pembangunan amat penting dalam mengenalpasti kelemahan bandar dan memperbaiki masalah tersebut.

Walaubagaimanapun, pembangunan yang tidak terkawal dijalankan juga boleh mendatangkan keburukan seperti rebakan bandar yang melampau dimana boleh menyebabkan kesan-kesan negatif kepada bandar itu sendiri. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini perancangan pembangunan mapan harus diperkenalkan. Secara ringkas, pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Pembangunan mapan juga adalah suatu pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang. Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dilepaskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. Perancangan bandar mapan menitikberatkan kepada aspek ekologi, ekonomi, sosial, budaya, pertanian dan alam sekitar yang boleh menjadikan sesuatu bandar itu sempurna,selamat, dan harmoni untuk masyarakat sekarang dan masyarakat masa hadapan.

Persoalannya, kenapa setiap pembangunan hendaklah sentias mapan? Pembangunan mapan memang banyak mendatangkan kesan positif kepada bandar untuk menjamin kehidupan manusia yang aman,selesa dan harmoni. Antaranya ialah dapat memastikan pembangunan fizikal kawasan bandar adalah berkeadaan seimbang iaitu memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. Hal ini juga membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut serta meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan. Pembangunan fizikal yang seimbang juga boleh mengelakkan daripada terjadinya pembaziran sumber yang mana dapat memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, dan pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Jika berlaku pembangunan yang tidak terkawal menyebabkan banyak kawasan atau tanah digunakan sepenuhnya dan seterusnya berlakunya kepupusan sumber semulajadi serta boleh membantutkan penggunaan pada masa akan datang.

Selain itu juga, pembangunan yang mapan juga boleh mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar serta dapat menjamin kualiti alam sekitar yang baik dan kondusif. Pembangunan yang mapan dapat mengawal daripada pembangunan yang tidak terkawal dan setiap pembangunan yang ingin dibuat mempunyai kuata dan had tersendiri serta mempunyai perancangan yang mengambil kira kebajikan masyarakat dalam semua aspek yang boleh mendatangkan kebaikan kepada penduduk mahupun alam sekeliling. Contohnya seperti jika sesuatu kawasan bandar itu mempunyai perancangan yang rapi yang mengutamakan kawasan hijau, ini boleh mengelakkan daripada berlakunya fenomena alam yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Sebaliknya jika sesuatu bandar itu dirancang semata-mata untuk mencari keuntungan tanpa memikirkan alam sekitar, hal ini boleh mendatangkan kesan negative kepada masyarakat sekeliling. Pembangunan yang mapan juga mengambil kira cara-cara pelupusan dan pembuangan sampah yang strategik yang boleh mengekalkan kualiti hidup manusia. Pembangunan yang mapan sebenarnya adalah pembangunan yang berdasarkan doktrin pembangunan sejagat yang amat sempurna dan berguna bagi semua pihak dimana pembangunannya adalah mengambilkira 3 jenis hubungan iaitu hubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia dengan alam sekitar dan hubungan manusia dengan manusia. Ini jelas menunjukkan penjagaan alam sekitar dititikberatkan dalam proses pembangunan mapan.

Kesimpulannya, Pembangunan bandar yang mampan juga perlulah mengambil kira keadilan sosial kawasan bandar, keperluan sumber manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian serta perdagangan menjadi sangat penting. Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan mapan seperti kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja, dan lain-lain ini mempunyai pandangan yang berbeza. Penyataan ini amat jelas yang pemahaman dan wawasan bagi kemapanan adalah berbeza bagi setiap orang dan perlu bekerjasama untuk berunding tentang proses mencapai kemapanan itu tentang pembangunan mapan dan bagaimana untuk menyumbang. Sesetengahnya berminat dengan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, sesetengahnya berminat dengan pembangunan ekonomi manakala yang lain berminat dengan pembangunan sosial. Oleh itu, pihak yang berwajib perlu mengambil langkah-langkah yang drastik untuk merancang pembangunan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang menginginkan sesuatu bandar itu selamat,selesa dan aman seperti pembangunan yang mapan untuk mengelakkan kedidakselesaan masyarakat terhadap bandar kita.


Tuesday 25 September 2012

ISU-ISU PINGGIR BANDAR

Antara isu pinggir bandar yang semakin ketara berlaku ialah isu tanah terbiar. Mengikut Jabatan Pertanian Malaysia, tanah terbiar dapat didefinisikan sebagai tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik individu dan tidak ditanam atau diusahakan selama 3 tahun berturut-turut serta berpotensi untuk kegunaan pertanian.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA TANAH TERBIAR


Faktor Fizikal

Perkara ini merujuk kepada bentuk muka bumi, topografi, hakisan, jenis tanah sama ada subur atau tidak, saiz tanah yang kecil, kekurangan prasarana dan sebagainya boleh mewujudkan kekangan kepada penawaran tanah. Begitu juga dengan faktor kesuburan tanah yang merosot dan masalah air yang tidak mencukupi akhirnya akan mewujudkan tanah terbiar.

Faktor Lokasi

Lokasi tanah pertanian seperti kemudahsampaian yang tinggi dan adanya sistem pengangkutan yang cekap berhampiran membolahkan tanah pertanian itu dapat diusahakan dan dimajukan. Menurut (Cadman dan Topping, 1995) Harta tanah adalah sangat unik dan setiap lokasi ada kriterianya yang tersendiri. Ini menunjukkan lokasi memainkan peranan penting.

Faktor Pemilikan Tanah

Di Negeri Sembilan, jenis milikan tanah yang dimiliki seperti tanah adat, tanah wakaf serta tanah rezab melayu juga boleh mendorong berlakunya tanah pertanian terbiar. Kajian yang dijalankan Ismail omar (1999) mengenai tanah Malay Agriculture Settlement (MAS) di Kampung Baru mendapati sekatan dan peraturan tertentu seperti syarat-syarat dan sekatan kepentingan telah mempengaruhi kelulusan mendapatkan pinjaman daripada bank.

 Faktor Umur dan Kewangan

Keupayaan umur juga menghalang keupayaan kewangan pemilik tanah. Ini jelas menunjukkan bahawa batasan usia dan kekangan modal telah menjadi punca tanah tidak diusahakan. Batasan usia tuan tanah tidak mengizinkan mereka menyertai program membangunkan tanah terbiar yang disarankan oleh Jabatan Pertanian mahupun FELCRA kerana mereka tidak  mempunyai kepentingan khusus terhadap usaha pembangunan.

Faktor Ekonomi

Faktor ekonomi yang didorong oleh perubahan struktur ekonomi seperti perkembangan pesat proses globalisasi telah menggugat peranan tanah sebagai sumber ekonomi masyarakat tempatan. Hal ini menarik minat golongan muda berhijrah ke kawasan bandar dan meninggalkan golongan tua di kawasan luar bandar. Maka, masalah ini menjadi punca berlakunya tanah pertanian terbiar.

KESAN-KESAN

Ekonomi

Pendapatan negara akan merosot dan menjadi rugi hasil daripada tanah pertanian terbiar kerana tanah merupakan aset pembangunan ke arah memperkaya hasil ekonomi negara. Selain itu juga, sesuatu kawasan akan menjadi mundur kerana pendapatan yang boleh terhasil daripada pembangunan tanah tidak dapat diperolehi.

Sosial

Sumber pendapatan penduduk terjejas dan akhirnya menjurus kepada berlakunya kemiskinan dan pengangguran di kalangan penduduk tempatan. Kawasan tanah terbiar seperti kawasan semak akan menjadi sarang atau tempat dalam melakukan kegiatan jenayah seperti merogol, menghisap dadah dan sebagainya. Mengancam keselamatan penduduk seperti  jenayah dan binatang-binatang buas

Alam Sekitar

Mencacatkan pemandangan persekitaran alam sekitarnya kerana dipenuhi semak-samun, belukar dan berkemungkinan menjadi kawasan perlupusan sampah haram yang dilakukan oleh penduduk setempat.

 LANGKAH-LANGKAH

Antara langkah yang perlu diambil bg seorang jururancang ialah jururancang perlu bijak menilai status sesuatu tanah dan jika sesuatu tanah itu tidak mempuyai pemilikan yang jelas maka tanah itu boleh diambil sebagai tanah kerajaan yang mana boleh dibangunkan dan digunakan untuk pembangunan masa hadapan. Selain itu juga, Pihak kerajaan perlu mengurangkan syarat-syarat pinjaman kewangan dan mengadakan program untuk menggalakkan tuan tanah mengusahakan tanah mereka. Selain itu, Peranan pihak berkuasa tempatan juga penting dalam menyokong dan memberi insentif untuk pembangunan tanah.


Tanah terbiar yang tidak diusahakan boleh mencacatkan pemandangan persekitaran.

Tanah terbiar menjadi tempat pelupusan sampah haram











TENTANG PERANCANGAN BANDAR


Profession perancangan bandar dan desa ini merupakan salah satu profesion yang penting dalam menggerakkan pembangunan, bukan hanya di negara Malaysia, malah di mana-mana negara maju yang lain.
Sama ada perancang bandar di peringkat Persekutuan, Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, atau swasta peranan perancang bandar amat penting dalam memastikan pembangunan yang berlaku sentiasa bersifat ‘planning-led’ atau berasaskan perancangan yang rapi dan sempurna. Dalam keadaan begitu, barulah persekitaran petempatan yang berkualiti dapat dibina oleh semua pihak, dan yang pentingnya, ia dapat dirancang pada asalnya oleh para perancang bandar dan desa. Yang tidak menarik kebanyakan keputusan perancang bandar biasanya di pengaruhi oleh kuasa politik. So bila ada masalah sahaja perancang bandarlah yang dipersalahkan tetapi apabila perancangan itu berjaya tiada sesiapa pun yang tahu yang itu sebenarnya kerja pihak perancang bandar dan bukannya ahli politik.

Sejarah perancang bandar bermula pada tahun 1801 dengan tertubuhnya Jawatankuasa Penilai (Committee Of Assesors) di Pulau Pinang. Sumbangan awal Jawatankuasa ini ke arah bidang perancangan adalah dengan pembinaan jalan dan parit di sekitar Bandar George Town. Berdasarkan kepada laporan yang disediakan oleh En. T.A.L. Concannon bertajuk "Town Planning In Malaya" pada tahun 1958, terdapat tanda-tanda bahawa kenyataan rasmi yang pertama kalinya memperkenalkan perancangan bandar di negara ini berlaku pada tahun 1913. Ketua Setiausaha Pejabat Jajahan, Sir Edward Brockmen telah mengumumkan perlantikan Jawatankuasa Perancang Bandar yang berkuatkuasa bagi kawasan Kuala Lumpur dalam tahun berkenaan. Di dalam penubuhan Jawatankuasa ini, tiada Pegawai Perancang dilantik sehingga ke tahun 1920.

Perundangan awal yang berkaitan dengan perancangan bandar yang diperkenalkan adalah "Municipal Ordinan CAP 133/1913" dan "Town Improvement Enactment". Pada tahun 1921, dengan penubuhan Jabatan Perancangan Bandar selepas perlantikan Encik Charles C. Reade sebagai Pegawai Perancang Bandar Kerajaan yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pejabat pertama terletak di Bangunan Sekretariat di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Dalam tahun 1923, Encik Charles C. Reade telah berusaha memperkenalkan perundangan untuk perancangan bandar. Usaha beliau berjaya apabila Enakmen Perancangan Bandar Bil. 19 yang merupakan undang-undang perancangan pertama diluluskan oleh Kerajaan Jajahan. Enakmen Perancangan Bandar yang telah digunapakai selama ini telah dipinda dan diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 28 Februari 1927.

Selepas peperangan iaitu sekitar 1948, aktiviti Jabatan diperluaskan bagi merangkumi kawasan-kawasan Lembaga Bandaran (Town Board) dan Majlis Bandaran (Municipal) di dalam Malayan Union. Di bawah Perjanjian Persekutuan 1948, Jabatan Perancangan Bandar Persekutuan dikekalkan sebagai satu badan penasihat dalam aspek perancangan. Berikutnya pada tahun 1949, Jabatan Perancangan Bandar mempunyai bangunan pejabatnya sendiri yang terletak di belakang Bangunan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Pejabat ini diketuai oleh Encik T.H.H. Hancock yang kemudiannya diganti oleh Encik Thomas Arthur Lawrence Concannon sebagai Pegawai Perancang Bandar Persekutuan pada tahun 1950. Aktiviti Jabatan meliputi penyediaan pelan-pelan pembangunan Kampung-Kampung Baru (1950-1954) dan perancangan Bandar Baru Petaling Jaya (1952-1953).

Selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem perkhidmatan perancangan telah dijalankan berdasarkan kepda Sistem Dua Peringkat iaitu Persekutuan dan Negeri di bawah Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan. Mulai tahun 1958 hingga 1978, Jabatan-jabatan Negeri telah ditubuhkan bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia dengan nama Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri.

Apa yang menarik perancang bandar berbanding arkitek, @ juru ukur bahan, Perancang bandar mempunyai Akta sendiri iaitu Akta Perancang bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Perancang bandar juga mempunyai Jabatan Sendiri di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Jabatan Perancangan Bandar & Desa serta Perancang bandar juga mempunyai 1 hari istimewa iaitu HARI PERANCANG BANDAR SEDUNIA yang di sambut di seluruh dunia.