Powered By Blogger

Tuesday 25 September 2012

ISU-ISU PINGGIR BANDAR

Antara isu pinggir bandar yang semakin ketara berlaku ialah isu tanah terbiar. Mengikut Jabatan Pertanian Malaysia, tanah terbiar dapat didefinisikan sebagai tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik individu dan tidak ditanam atau diusahakan selama 3 tahun berturut-turut serta berpotensi untuk kegunaan pertanian.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA TANAH TERBIAR


Faktor Fizikal

Perkara ini merujuk kepada bentuk muka bumi, topografi, hakisan, jenis tanah sama ada subur atau tidak, saiz tanah yang kecil, kekurangan prasarana dan sebagainya boleh mewujudkan kekangan kepada penawaran tanah. Begitu juga dengan faktor kesuburan tanah yang merosot dan masalah air yang tidak mencukupi akhirnya akan mewujudkan tanah terbiar.

Faktor Lokasi

Lokasi tanah pertanian seperti kemudahsampaian yang tinggi dan adanya sistem pengangkutan yang cekap berhampiran membolahkan tanah pertanian itu dapat diusahakan dan dimajukan. Menurut (Cadman dan Topping, 1995) Harta tanah adalah sangat unik dan setiap lokasi ada kriterianya yang tersendiri. Ini menunjukkan lokasi memainkan peranan penting.

Faktor Pemilikan Tanah

Di Negeri Sembilan, jenis milikan tanah yang dimiliki seperti tanah adat, tanah wakaf serta tanah rezab melayu juga boleh mendorong berlakunya tanah pertanian terbiar. Kajian yang dijalankan Ismail omar (1999) mengenai tanah Malay Agriculture Settlement (MAS) di Kampung Baru mendapati sekatan dan peraturan tertentu seperti syarat-syarat dan sekatan kepentingan telah mempengaruhi kelulusan mendapatkan pinjaman daripada bank.

 Faktor Umur dan Kewangan

Keupayaan umur juga menghalang keupayaan kewangan pemilik tanah. Ini jelas menunjukkan bahawa batasan usia dan kekangan modal telah menjadi punca tanah tidak diusahakan. Batasan usia tuan tanah tidak mengizinkan mereka menyertai program membangunkan tanah terbiar yang disarankan oleh Jabatan Pertanian mahupun FELCRA kerana mereka tidak  mempunyai kepentingan khusus terhadap usaha pembangunan.

Faktor Ekonomi

Faktor ekonomi yang didorong oleh perubahan struktur ekonomi seperti perkembangan pesat proses globalisasi telah menggugat peranan tanah sebagai sumber ekonomi masyarakat tempatan. Hal ini menarik minat golongan muda berhijrah ke kawasan bandar dan meninggalkan golongan tua di kawasan luar bandar. Maka, masalah ini menjadi punca berlakunya tanah pertanian terbiar.

KESAN-KESAN

Ekonomi

Pendapatan negara akan merosot dan menjadi rugi hasil daripada tanah pertanian terbiar kerana tanah merupakan aset pembangunan ke arah memperkaya hasil ekonomi negara. Selain itu juga, sesuatu kawasan akan menjadi mundur kerana pendapatan yang boleh terhasil daripada pembangunan tanah tidak dapat diperolehi.

Sosial

Sumber pendapatan penduduk terjejas dan akhirnya menjurus kepada berlakunya kemiskinan dan pengangguran di kalangan penduduk tempatan. Kawasan tanah terbiar seperti kawasan semak akan menjadi sarang atau tempat dalam melakukan kegiatan jenayah seperti merogol, menghisap dadah dan sebagainya. Mengancam keselamatan penduduk seperti  jenayah dan binatang-binatang buas

Alam Sekitar

Mencacatkan pemandangan persekitaran alam sekitarnya kerana dipenuhi semak-samun, belukar dan berkemungkinan menjadi kawasan perlupusan sampah haram yang dilakukan oleh penduduk setempat.

 LANGKAH-LANGKAH

Antara langkah yang perlu diambil bg seorang jururancang ialah jururancang perlu bijak menilai status sesuatu tanah dan jika sesuatu tanah itu tidak mempuyai pemilikan yang jelas maka tanah itu boleh diambil sebagai tanah kerajaan yang mana boleh dibangunkan dan digunakan untuk pembangunan masa hadapan. Selain itu juga, Pihak kerajaan perlu mengurangkan syarat-syarat pinjaman kewangan dan mengadakan program untuk menggalakkan tuan tanah mengusahakan tanah mereka. Selain itu, Peranan pihak berkuasa tempatan juga penting dalam menyokong dan memberi insentif untuk pembangunan tanah.


Tanah terbiar yang tidak diusahakan boleh mencacatkan pemandangan persekitaran.

Tanah terbiar menjadi tempat pelupusan sampah haram











No comments:

Post a Comment