Pembangunan bandar berkait rapat kepada pertumbuhan,
perubahan dan perkembangan. Pertumbuhan merujuk kepada kemajuan atau
peningkatan yang dialami dari segi populasi penduduk,peningkatan dari segi
aktiviti ekonomi, peningkatan densiti guna tanah dan sebagainya. Perubahan
bandar pula adalah berdasarkan kepada pembesaran kawasan bandar dan
perkembangan ke kawasan-kawasan semulajadi seperti hutan dan paya. Apabila
kepadatan penduduk bertambah,keperluan untuk membangunkan perumahan menyebabkan
berlakunya pemkembangan bandar. Ini menunjukkan kesemua aspek pertumbuhan,
perubahan dan perkembangan ini apabila digabungkan adalah merujuk kepada
pembangunnan bandar. Oleh itu, pembangunan bandar lebih menumpu kepada corak
dan fizikal bandar kesan daripada semua aspek tersebut. Pembangunan bandar
sememangnya bnyak mendatangkan kebaikan dan kepentingan kepada masyarakat
selaras dengan arus pemodenan yang kian rancak.
Antara
kepentingan dalam pembangunan bandar ialah pembangunan bandar dapat meningkatkan
peluang ekonomi dalam pembangunan ekonomi sesebuah bandar. Apabila berlaku
pembangunan bandar, ini akan menarik perhatian pelabur-pelabur luar untuk
datang melabur di dalam bandar itu. Oleh itu berlakulah pertambahan dan
pembukaan kawasan baru untuk mendirikan kilang atau kedai dalam menghasilkan
barang dan perkhidmatan untuk disajikan kepada masyarakat bandar. Kemasukan
pelabur asing ini juga akan membawa kepada pemodenan alat-alat teknologi yang
canggih ke dalam sesebuah bandar seperti mesin-mesin, jentera, alat-alat
komputer dan sebagainya. Ini membolehkan pengeluar dapat mengeluarkan barang
dan perkhidmatan secara maksimum untuk memenuhi permintaan msyarakat di kawasan
bandar. Perubahan ekonomi ini juga dapat meningkatkan kemudahan-kemudahan di
kawasan bandar seperti kemudahan jaringan jalan raya, perhubungan dan
telekomunikasi dan sebagainya untuk memudahkan proses penghantaran dan
pengedaran barang untuk dipasarkan di seluruh pelusuk bandar. Sememangnya
faktor ekonomi banyak memberi kesan yang paling utama dalam pembangunan
sesebuah bandar. Jika terdapat banyak peluang ekonomi di sebuah bandar ini, ini
akan mengundang kepada kegiatan eksport yang dapat memberi pendapatan ekonomi
yang lumayan kepada sesebuah bandar. Hasil daripada pendapatan ini akan
menyebabkan sesebuah bandar itu mengalami perubahan fizikal sepeti pertambahan
kilang, perumahan, kedai-kedai, jalan raya umpamanya seperti pembukaan bandar
baru hasil daripada kegitan ekonomi yang giat dijalankan.
Disamping
itu juga, pembangunan bandar juga penting kerana dapat menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk sekitar menjadikan sesebuah bandar itu tidak suram
dan sunyi kerana terdapat aktiviti masyarakat dalam menjalankan perniagaan
masing-masing. Pertambahan fizikal bandar seperti kilang, kedai dan sebagainya
dapat memberi pekerjaan kepada penduduk sebagai sumber pendapatan mereka dalam
menjalani kehidupan seharian. Jika sesebuah bandar itu mempunyai bnyak peluang
pekerjaan, ini akan menarik perhatian penduduk luar bandar berkunjung dalam
mencari pekerjaan dan berlakunya pertambahan penduduk di sesebuah bandar.
Penambahan penduduk di kawasan bandar akan meningkatkan lagi permintaan
terhadap barang dan perkhidmatan. Contohnya, pertambahan penduduk akan
meningkatkan lagi permintaan terhadap tempat tinggal. Oleh itu, pemaju akan
membina kawasan perumahan untuk memenuhi permintaan mereka. Hal ini menunjukkan
faktor pertambahan penduduk juga dapat meningkatkan lagi pembangunan fizikal di
kawasan bandar. Peluang pekerjaan yang banyak juga dapat mengubah gaya hidup
masyarakat yang rajin bekerja yang boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat
serta menjamin kehidupan yang aman dan makmur. Pertambahan peluang pekerjaan
juga dapat mengurangkan kadar jenayah dan pengangguran di kalangan masyarakat
kawasan bandar yang boleh memberi kesan yang buruk kepada ekonomi bandar.
Selain
itu juga, pembangunan sesebuah bandar juga dapat memperbaiki
kelemahan-kelemahan bandar sebelum ini dan menambahkan kemudahan-kemudahan
untuk mengelakkan kesilapan yang berlaku sebelum itu daripada terus menular di
kawasan bandar. Contohnya seperti menambahbaikkan sistem jalan raya, kemudahan-kemudahan
dan perkhidmatan untuk keselesaan penduduk. Pembanguan bandar dalam
meningkatkan taraf sistem jalan raya seperti membina jalan alternatif dan
memperlebarkan jalan raya dapat meningkatkan kemudahsampaian penduduk ke
sesuatu tempat serta dapat mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas
yang sering terjadi sebelumnya. Hal ini sememangnya membuktikan bahawa
pembangunan bandar penting dalam mengetahui kesilapan dan kelemahan bandar
supaya penduduk lebih selesa dalam melakukan aktiviti mereka. Begitu juga
dengan masalah kekurangan dan kerosakan kemudahan-kemudahan yang mana
mencacatkan pemandangan di sesebuah bandar. Melalui pembangunan, ianya dapat
memperbaiki kelemahan dan kerosakan serta dapat membina kemudahan baru hasil
daripada permintaan masyarakat untuk menggunakannya. Oleh itu, pembangunan amat
penting dalam mengenalpasti kelemahan bandar dan memperbaiki masalah tersebut.
Walaubagaimanapun,
pembangunan yang tidak terkawal dijalankan juga boleh mendatangkan keburukan
seperti rebakan bandar yang melampau dimana boleh menyebabkan kesan-kesan
negatif kepada bandar itu sendiri. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini
perancangan pembangunan mapan harus diperkenalkan. Secara ringkas, pembangunan mampan
ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa
serta masa hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan
ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan
bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Pembangunan
mapan juga adalah suatu pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan
pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang. Pembangunan
bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan
menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar
pencemaran yang dilepaskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.
Perancangan bandar mapan menitikberatkan kepada aspek ekologi, ekonomi, sosial,
budaya, pertanian dan alam sekitar yang boleh menjadikan sesuatu bandar itu sempurna,selamat,
dan harmoni untuk masyarakat sekarang dan masyarakat masa hadapan.
Persoalannya,
kenapa setiap pembangunan hendaklah sentias mapan? Pembangunan mapan memang
banyak mendatangkan kesan positif kepada bandar untuk menjamin kehidupan
manusia yang aman,selesa dan harmoni. Antaranya ialah dapat memastikan pembangunan fizikal kawasan bandar
adalah berkeadaan seimbang iaitu memastikan pembangunan alam bina akan
berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan
saling memanfaatkan. Hal ini juga membantu menyedarkan komuniti tentang peluang
yang terdapat di kawasan tersebut serta meminimumkan pembaziran sumber dan
keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan
perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah
kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan
pekerjaan. Pembangunan fizikal yang seimbang juga boleh mengelakkan daripada
terjadinya pembaziran sumber yang mana dapat memastikan penerusan penawaran
sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah
yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, dan
pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Jika berlaku pembangunan yang
tidak terkawal menyebabkan banyak kawasan atau tanah digunakan sepenuhnya dan
seterusnya berlakunya kepupusan sumber semulajadi serta boleh membantutkan
penggunaan pada masa akan datang.
Selain itu juga, pembangunan yang mapan juga boleh
mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar serta dapat menjamin
kualiti alam sekitar yang baik dan kondusif. Pembangunan yang mapan dapat
mengawal daripada pembangunan yang tidak terkawal dan setiap pembangunan yang
ingin dibuat mempunyai kuata dan had tersendiri serta mempunyai perancangan
yang mengambil kira kebajikan masyarakat dalam semua aspek yang boleh
mendatangkan kebaikan kepada penduduk mahupun alam sekeliling. Contohnya
seperti jika sesuatu kawasan bandar itu mempunyai perancangan yang rapi yang
mengutamakan kawasan hijau, ini boleh mengelakkan daripada berlakunya fenomena
alam yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Sebaliknya jika sesuatu bandar
itu dirancang semata-mata untuk mencari keuntungan tanpa memikirkan alam
sekitar, hal ini boleh mendatangkan kesan negative kepada masyarakat
sekeliling. Pembangunan yang mapan juga mengambil kira cara-cara pelupusan dan
pembuangan sampah yang strategik yang boleh mengekalkan kualiti hidup manusia.
Pembangunan yang mapan sebenarnya adalah pembangunan yang berdasarkan doktrin
pembangunan sejagat yang amat sempurna dan berguna bagi semua pihak dimana
pembangunannya adalah mengambilkira 3 jenis hubungan iaitu hubungan manusia
dengan tuhan, hubungan manusia dengan alam sekitar dan hubungan manusia dengan
manusia. Ini jelas menunjukkan penjagaan alam sekitar dititikberatkan dalam
proses pembangunan mapan.
Kesimpulannya, Pembangunan bandar
yang mampan juga perlulah mengambil kira keadilan sosial kawasan bandar,
keperluan sumber manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi
ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut
adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang
pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian serta perdagangan menjadi
sangat penting. Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan
mapan seperti kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja, dan
lain-lain ini mempunyai pandangan yang berbeza. Penyataan ini amat jelas yang
pemahaman dan wawasan bagi kemapanan adalah berbeza bagi setiap orang dan perlu
bekerjasama untuk berunding tentang proses mencapai kemapanan itu tentang
pembangunan mapan dan bagaimana untuk menyumbang. Sesetengahnya berminat dengan
pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, sesetengahnya berminat dengan
pembangunan ekonomi manakala yang lain berminat dengan pembangunan sosial. Oleh
itu, pihak yang berwajib perlu mengambil langkah-langkah yang drastik untuk
merancang pembangunan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang menginginkan
sesuatu bandar itu selamat,selesa dan aman seperti pembangunan yang mapan untuk
mengelakkan kedidakselesaan masyarakat terhadap bandar kita.
good info sharing
ReplyDeleteDIAM HANAT BODO ANJIRR..ajet ajet je
DeleteI hope everybody appreciate this kind of stuff :3
ReplyDeletekipidap
ReplyDeletemak ang karipap butowww
Deletebest hm ;)
ReplyDeleteWau.. Sekarg pembangunan mampan dah fasa berapa ye saudara najmi?
ReplyDelete10
Deletegood point....thankz 4 ur info sharing..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBuan bungkakk
ReplyDeleteBagui bagui
ReplyDeleteperkongsian yang bagus
ReplyDeleteniceee... :)
ReplyDeleteThank you for this essay๐
ReplyDeleteThank you for this essay๐
ReplyDeleteTq sngt2 membantu k๐๐
ReplyDeleteTq sngt2 membantu k๐๐
ReplyDelete